Labels

Saturday, 3 March 2018

KELEBIHAN KEKABU ASLI



Sejak berkurun dahulu kekabu merupakan entiti produk tidur yang terkenal dalam masyarakat Melayu. Oleh yang demikian kekabu merupakan bahan utama untuk bantal dan tilam. Tentunya kekabu mempunyai banyak kelebihannya :

i)  Gentian semulajadi anugerah Allah. Kekabu bukannya gentian sintetik ciptaan  manusia seperti poliester yang terbatas keupayaannya, maka gentian sintetik tersebut sudah tentu mempunyai banyak kelemahan.

ii)  Kekabu lebih nyaman kerana ia tidak menyimpan haba. Bantal dan tilam kekabu tidak panas walaupun cuaca panas. Menjadikan tidur lebih nyenyak dan tidak berpeluh.

iii)  Kekabu sangat lembut dan mudah digebukan semula. Caranya ialah dengan menjemur bantal atau tilam kekabu di bawah sinaran matahari, kemudian ditepuk-tepuk dengan tapak tangan atau dipukul dengan kayu.

iv)  Produk berasaskan kekabu sangat tahan lama, mungkin melebihi 20 tahun. Contohnya dirumah-rumah nenek moyang kita masih ada bantal kekabu lama yang masih digunakan.

v)  Tilam kekabu sangat baik untuk sokongan dan pembentukan tulang belakang. Bayi yang tidur atas tilam kekabu akan cantik postur badannya malah akan lebih cergas dan sihat kerana memiliki tulang belakang yang sempurna. Tapi sekarang para ibu cenderung membeli tilam bergentian sintetik kerana lembut. Perhatian :  kelembutan tidak sesuai untuk pembentukan tulang belakang.

vi)  Kekabu tahan rintang terhadap serangan serangga seperti pijat dan bakteria (Manohara et. al., 2006). Serangga dan kulat tidak sesuai hidup dalam kekabu kerana tiada kelembapan pada kekabu.

vii) Kekabu bersifat tidak toksik kerana tidak mengandungi bahan kimia tambahan. Maka kekabu tidak memberikan kesan sampingan yang negatif kepada si penggunanya.

viii) Kekabu adalah ringan iaitu 7 kali kurang tumpat daripada kapas.


Oleh kerana banyak kelebihak produk kekabu maka saya mengambil keputusan untuk menjalankan biz berasaskan kekabu ori.  Terutamanya produk Tilam Baby untuk sicomel kesayangan anda.


kunjungi   :   Facebook


 KEKABU BERSIFAT SEJUK


Ipoh: Kekabu yang bersifat sejuk, memerangkap haba dan tidak mengandungi bahan kimia mempunyai peminatnya tersendiri dan kebanyakan pengguna gemar menjadikan tumbuhan itu sebagai tilam, bantal dan anak patung.

Pokok kekabu atau nama saintifiknya Ceiba Pentandra adalah sejenis tumbuhan yang hidup secara meliar di beberapa kawasan di negara ini serta beberapa kawasan tropika lain di dunia.

Mungkin generasi muda kini kurang mengenali tumbuhan ini kerana kegunaannya yang semakin berkurangan dalam kehidupan namun masih ada memilih cara tradisional ini.

Di sebalik keselesaan dan kelembutan bantal kekabu, ia menjadi punca rezeki kepada pengusahanya kerana mampu memberikan pulangan yang lumayan.

Yang Latifah Yang, 58, menghabiskan rutin sehariannya lebih 10 tahun dengan mengutip dan memproses kekabu berkata, permintaan kekabu sentiasa ada walaupun berdepan kesukaran mendapatkan bahan itu.

Harian Metro 26 Februari 2016

No comments:

Post a Comment